Wednesday, 18 July 2018

puisi by As-Syahid Syed Qutb



Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padaMu
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh cinta,
Jagalah cintaku padanya
agar tidak melebihi cintaku padaMu.

Ya Allah,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling dari hatiMu

Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah,
Jika aku rindu,
Jagalah rinduku padanya
agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu

Ya Allah,
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya bermunajat disepertiga malam terakhirMu

Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepadaMu.
Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu, telah berjumpa pada taat padaMu, telah bersatu dalam dakwah padaMu, telah berpadu dalam membela syariatMu. Kukuhkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nurMu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu dan keindahan bertawakal dijalanMu. 

No comments:

Post a Comment

18/11/25 D-DAY

 Assalammualikum n hollaaa gais, need to for another writing. sebab? instead of x boleh tidur, ni kalau tanya balik apa yang belajar, insyaA...