malam ini
ku sendiri duhai TUHAN
namun, tidak menghalang aku bersimpuh di hadapanMu
akutadahkan tangan, aku bicarakan di hujung bisikanku
kerna aku ini hambaMu
malam ini dan saat ini
aku akui betapa beratnya hari-hari yang ku lalui
ujian sering bertandang dan dugaan sering menyapa
namun aku yakin
semua ini adalah pemberianMu jua
malam ini
aku bermohon padaMu, ya TUHAN
ampuni segala dosaku
maafkanlah segala khilaf dan lemah dayaku
usirkanlah kegalauan di dalam hatiku
malam ini Ya KHALIK
ampunilah segala dosa umatMu
satukanlah hati kami dalam redhaMu
sedarkanlah kami bahawa ada yang lebih penting untuk kami pejuangi
ada yang lebih utama untuk kami renungi
moga ia dapat melingdungi kami
daripada mementingkan diri sendiri
malam ini Ya RAHMAN
ENGKAU pimpinlah hati kami
agar tidak akan lagi kami berpecah-belah di sana sini
hentikanlah fitnah-memfitnah dalam kalangan kami
pautkanlah rasa kasih dan sayang di dalam hati sebagai ganti
malam ini..
terima kasih Ya ALLAH..
kerana aku masih mampu mengadu secebis doa kepadaMu
#adaptasiTSMK
No comments:
Post a Comment